Pengenalan Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila terletak di daerah Marang yang jauhnya 13km iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dari bandar Kuala Terengganu. Dahulunya tapak sekolah ini merupakan suatu kawasan yang terkenal dan menjadi tumpuan ramai kerana kawasan ini merupakan sebuah lombong emas tradisional yang lebih dikenali sebagai Lubuk Mandi.

Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila mula beroperasi pada 1 Disember 1996 dengan tenaga pengajar seramai 22 orang iaitu 11 orang guru lelaki dan 11 org guru perempuan manakala kakitangan sekolah pula seramai 7 orang. Sekolah saluran (feedar school) SMK Rusila ialah dari Sekolah Kebangsaan Rusila, Sekolah Kebangsaan Rhu Rendang dan Sekolah Kebangsaan Medan Jaya.

Tuan Haji Mohamad @ Abd Aziz bin Muda merupakan pengetua pertama yang menjadi perintis untuk memajukan sekolah ini. Dengan bilangan pelajar seramai seramai 356 orang iaitu 180 orang pelajar lelaki dan 176 orang pelajar perempuan. Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahannya pada tahun 1997. Kemudiannya, Tuan Haji Mohamad @ Abd. Aziz bin Muda meninggalkan sekolah ini pada penghujung tahun 1998 kerana ditukarkan ke sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang, Dungun.

Selepas itu, sekolah ini diterajui oleh Puan Hajah Fatimah binti Abdullah pada tahun 1999. Walaubagaimanapon pada tahun 2000, Tuan Haji Mohamad @ Abd. Aziz yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Aziz atau abah dalam kalangan pelajar-pelajarĀ  kembali menerajui sekolah ini sehingga beliau bersara pada 7 Jun 2000.

Kekosongan jawatan pengetua pada kali ini telah diisi kembali oleh Puan Hajah Fatimah binti Abdullah pada 15 Ogos 2000. Di bawah teraju kepimpinan beliau, sekolah ini telah menjadi johan dalam pertandingan 3K Peringkat Negeri Terengganu dan seterusnya mendapat tempat ke 5 dalam pertandingan ini diperingkat kebangsaan pada tahun 2001.

Kemudian, Puan Hajah Fatimah telah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Manir. Pada 16 Julai 2001, tempat beliau diganti oleh Encik Ahmad @ Hamid bin Husain. Encik Ahmad @ Hamid telah berkhidmat di sekolah ini sehinggalah hari-hari akhir persaraannya.

Tanggal 21 Disember 2003, tugas sebagai pengetua telah dipikul pula oleh Puan Hajah Zainun binti Muda. Beliau tyelah meneruskan kegemilangan seperti yang pernah tercipta pada tahun 2001. Pada tahun 2005, Sekolah Menengah kebangsaan Rusila sekali lagi dinobatkan sebagai johan Pertandingan 3K Peringkat Negeri Terengganu Kategori Keceriaan dan Keharmonian, seterusnya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan ini di peringkat kebangsaan pada tahun 2006. Ini adalah hasil kerja keras warga sekolah selama ini. Pn. Hjh. Timah bt Hamzah telah menggantikan Pn. Hjh. Zainun bt Muda.

Pada 2007 SMK Rusila telah menjadi Johan pertandingan “Kitchen Garden” di peringkat negeri Terengganu dan seterusnya mewakili negeri Terengganu di peringkat kebangsaan. SMK Rusila telah dinobatkan sebagai naib johan di peringkat kebangsaan dalam pertandingan “Kitchen Garden” anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sempena Kempen Bumi Hijau. Seterusnya johan pertandingan “Kebersihan Kawasan Sekolah” kategori sekolah-sekolah menengah Peringkat Negeri Terengganu pada 2008.

Pn. Hjh. Timah hamzah telah bersara pada 1 Ogos 2010. Tempat beliau telah diganti oleh En. Abdul Muie bin Ngah mulai 1 September 2010.

Keistimewaan sekolah ini ialah menawarkan mata pelajaran MPV iaitu Katering dan Penyajian serta Landskap dan Nursery untuk menengah atas.

SMK Rusila sentiasa berusaha untuk cemerlang dalam semua bidang. Keputusan PMR dan SPM sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Kami bangga menjadi warga SMK Rusila. Kejayaan sekolah ini adalah milik kami kerana ia dicapai atas daya usaha dan jerih gigih kami bersama.

Dalam usaha untuk memajukan sekolah dalam pelbagai bidang yang diceburi, pelbagai anugerah dan kejayaan berjaya diraih oleh sekolah. Anugerah-anugerah diterima dalam semua bidang sama ada Kurikulum, hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Pembangunan Fizikal dan pelbagai lagi. Antara yang pernah sekolah mendapat anugerah ialah Anugerah Kualiti PSS, Kewangan terbaik, Tandas terbaik, Makmal ICT terbaik, Pengurusan Bengkel KHB, Pengurusan Makmal Sains, Pengurusan Kantin, Pertandingan Premis makanan, Anugerah 3K, Pertandingan Mural dan pelbagai lagi. Kejayaan yang dimenangi sehingga ke peringkat kebangsaan.

Kami bersyukur dengan kejayaan-kejayaan yang diperolehi dan kami akan terus berusaha untuk kemajuan dan kejayaan sekolah dengan usaha bersama warga SMK Rusila yang sentiasa memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam mencapai visi, misi dan harapan bersama.

Semoga tahun-tahun mendatang terus memberikan kecemerlangan kepada SMK Rusila dengan kerjasama dari semua pihak.

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jam Digital

Lagu Sekolah

Kalendar Hijriah

November 2017
S M T W T F S
« Mar    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Senarai Guru Bertugas Mingguan

15 JANUARI - 19 JANUARI 2017

EN. MOHD ZAHARI MAT ALI (KETUA)
EN. MOHD NASHRUDDIN AHMAD
PN. FATIMAH MOHD YASSIN
PN. DZUNEEKA MOHAMED
PN. NURUL AKMAL A. RAZAK
PN. ZAINUN IBRAHIM
PN.SAIDATINA BINTI ALI

Komen Terkini